Wednesday, December 30, 2009

TEKA NAMA GURU


Tahniah kepada guru ini..cuba teka namanya!! beliau menjadi salah seorang guru yang telah berjaya dilantik ke jawatan DGA32 hakiki baru-baru ini. Kalau dah jadi GPK di sekolah..................., jangan lupa kami di sini. He.he..suspen jer!!

The Balung Ayam

Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan..pasukan koir SKKG2 tahun 2008 ini telah berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang. Mereka menyanyikan lagu Tanah Pusaka dan My Bonnie. Walaupun Maghrib masih berada di garaj Bas, tersalah sekolah, tidur di asrama Asli, Makan tak cukup, Farid tak bawa vest dan hampir membuat guru pengiring berasa serik, tapi keazaman yang tinggi untuk berbakti kepada SKKG 2 tetap menjadi keutamaan. Hasilnya....cantekkkk!!!
Pasukan ala-ala balung ayam niii memang power.. Tahniah!!!!

Friday, December 11, 2009

Pemain Drum The Kumbe

Tiada siapa menyangka, di dalam kesibukan kita bekerja, dan tanpa disedari, kita memiliki seorang pemain drums handalan. Lihatlah aksinya...kalaulah ditakdirkan Yazit Search bersara...maknanya..mungkin kita akan kehilangan cikgu ini kerana beliaulah calon terlayak untuk menggantikan Yazit!!...beliaulah orangnya!!! Yesss!!!

Wednesday, November 25, 2009

TAHNIAH

Wajah-wajah murid cemerlang 5A SKKG 2 Tahun 2009.Tahniah!
Wajah-wajah jurugambar yang menggambar murid cemerlang itu!Tahniah juga!


Tuesday, November 24, 2009

Al-Wahdah


Pasukan Nasyid Al-Wahdah SKKG2 sedang mempersembahkan nasyid di Hari Anugerah kecemerlangan 2009. Pasukan ini di anggotai oleh Yani, Hajar, Suhaili, Nisa, Aina,Balqis,Khumaira.

HABIS LAAAA..

Habis laa..lepas ni ada orang tak boleh cari makan laa.....he.he..

Kesunyian


Cuti sekolah yang telah bermula membuatkan kucing sekolah kehilangan ramai kawan. Kesunyian dan kelaparan, adakah ikan di dalam kolam akan menjadi mangsa?

Tuesday, November 17, 2009

Dalam Kenangan

Sesungguhnya kehilangannya begitu terasa di kalangan staf-staf SKKG2 ini.. Kehilangannya sukar dicari diganti.Hanya gambar ini yang berada di bilik guru sebagai pengubat rindu...

Aneh


Akhir Tahun Persekolahan memanglah penuh dengan kesibukan. Pelbagai tugas perlu diselesaikan sebelum bermulanya cuti semester. Itulah kesibukan yang terpaksa diharungi oleh guru seperti dalam gambar ini. Hanya kepala yang tinggal di atas meja...tapi mana badannya?? Anehkan!! Guru yang berdedikasi seperti beliau sentiasa berjuang untuk anak bangsa..walaupun tinggal kepala je!!!

TERIMA KASIH EN.NAZ.


Aksi-aksi jurugambar bertauliah Sekolah merakamkan gambar-gambar kenangan kelas baru-baru ini. Tanpanya...susahlah guru-guru dan murid nak bergambar!! Terima kasih En.Nazree.

AWAS ! JANGAN BISING!

Guru Disiplin SKKG2 sedang meneliti bunyi bising murid ketika perhimpunan pagi Isnin.Semoga murid-murid akan lebih berdisiplin dengan mengamalkan disiplin-disiplin diri yang selalu dipesan di dalam ucapan guru.

Sunday, November 15, 2009

INSAF

Lelaki sihat bagaimana?? Semoga keratan akhbar ini menjadi pembakar semangat kepada Pelajar-pelajar SMP OUM di SKKG2. Dipercayai selepas membaca keratan akhbar ini sebahagian daripada guru-guru akan bergegas membuat panggilan telefon kepada Tutor masing-masing untuk mendapatkan Soalan Assignment semester depan. Selamat Maju Jaya !

Bulan Kecergasan

Penjaga Gol yang xcekap kahkah..tengok jaring gol pun dah tau bola banyak bolosssss...

Kekalahan Staf-staf kepada pasukan kerdil.. Malunyee

Tarian yang menghairahkan dr Cikgu Malik..Cikgu Asrun mudah tergoda hihihii....Ustaz Hashim kat belakang tu asyik bukak but kereta...bisnes jee... Cikgu Zulhisan bagai Pendekar Mustarrr daaa.
Senaman POCO-POCO...
Amboii cik Yus tuu..ligat je putar...Habis bedak kat muka.. kena touch up blik laa.

Wednesday, November 11, 2009

Ada sesiapa mahu berduet?


Ramainya backup singer..

Tuesday, November 10, 2009

Palam The Legend

Bukan calang-calang artis yang boleh nyanyi lagu nii..harap tuan-puan terhiburrrrrrr....

Ada Berani???


THUNDER....THUNDER....THUNDER CAT......

Monday, November 9, 2009

1 MALAYSIA 2009

SAMBUTAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Para pemenang acara yang dipertandingkan...


Acara Kuiz 1 MALAYSIA anjuran Kelab Rukun Negara oleh Cikgu Mazuki...



Guru Perihatin yang bernama Fatin...


Diiringi muzik oleh Cikgu Sani dalam acara Deklamasi Sajak..

Sunday, November 8, 2009

PENGAKAP

Ni last aktivi jungle tracking...bukan mai seronok lagi budak-budak tu..
Salah seorang guru nakal SKKG2....seronok dia siram air kat baudak tu...

Kekannaaaaaaaaaaaannnnn Luruuuuuuuus satu dua satu hop....hiphip hurayy


Pengakap semestinya hebat dalam apa jua aktiviti...semua acara johan...



Bab masak failllll...Buat roti gulung jadi Roti Ban Hangus




Saturday, November 7, 2009

BUMI HIJAU

Jaga Kebun
Buah Sulung...


Budak-budak dengki..

Para Petani....yang tolong tengok..cikgu yang buat.



PBSM

PBSM sejati sejak dari azali...dari sekolah rendah hgga jadi Guru. dapat anak didik yang baik dan bermoral...kepada cikgu-cikgu inilah contoh Guru dan murid PBSM sejati.

Friday, November 6, 2009

Bila Tiba Result UPSR

Kepada sapa-sapa yang sedang belajar tu jangan buat kalut sangat...cemas aku tgok korang dok kalut pasai tesis laa apa laa.. eee takut aku nk sambung belajar tgok korang mcm ni. hihiii

Thursday, November 5, 2009

KEMBAR SKKG2




Tahukah anda bahawa kita memiliki 2 pasang pasangan kembar di SKKG2?Wajah mereka seiras bukan?
Semoga sekolah kita akan berjaya menubuhkan sebuah pasukan nasyid dari beberapa pasangan kembar seperti yang pernah dibuat oleh cikgu-cikgu terdahulu, kata John.

SELAMAT PENGANTIN BARU

























Selamat pengantin baru buat Cik Semah yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 25 OKT 2009....Semoga berbahgia ke anak cucu.

latihan pusat

Guru-guru dan para pekerja giat berlatih pingpong untuk menyertai pertandingan pingpong tertutup skkg2 tahun ini. Kelihatan dalam gambar seorang guru sedang berlatih smash, dan pada riak wajahnya kelihatan ia sudah mahir dengan skill ini, tahniah cikgu!!!

CIPTAAN BARU

Gambar ini dirakamkan sewaktu para guru SKKG2 mengikuti kursus LADAP di dalam bilik ETeMs . Kelihatan model-model menggayakan pakaian (sebenarnya idea!) ciptaan peserta kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, selepas kursus tamat para guru bertambah semangat untuk mendidik anak bangsa.

PASUKAN NASYID SKKG2


Kumpulan nasyid Sekolah ini yang dianggotai oleh 9 murid yang terdiri dari gabungan murid tahun 6 dan tahun 3 (2008), telah berjaya menjuarai festival nasyid Sekolah-sekolah rendah daerah jerantut 2008 tetapi hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat Negeri Pahang. Pasukan ini di kelolakan oleh Panitia Agama Islam dengan bantuan Guru-guru Panitia Muzik SKKG 2. Tahniah!

Wednesday, November 4, 2009

CUBA TEKA

Gambar ini diambil pada pagi Isnin semasa perhimpunan pagi di Tapak perhimpunan sekolah. Cubalah teka gambar kaki cikgu siapa??

Kucing Sekolah


Peristiwa ini berlaku pada pagi Isnin di tapak perhimpunan sekolah. Murid-murid terganggu dengan aksi kucing ini ketika Guru sedang memberi ucapan.Walaupun begitu kita kena mengambil iktibar dari kejadian ini, Sedangkan kucingpun boleh mendengar ucapan dengan diam dan memberi tumpuan, inikan pulak kita sebagai manusia.Kann???

EKSPERIMENT SAINS TAHUN 5




Murid-murid tahun 5 seronok menjalankan eksperimen Sains di bawah tajuk Buruj. Kotak Wayang Buruj tersebut diolah dari kotak terbuang,di satu bahagian hujungnya di lekatkan kertas hitam yang diubangkan meggunakan jarum dan membentuk pelbagai jenis buruj. Apabila dilihat dari hujung sebelah lagi, maka akan kelihatan bentuk buruj yang bercahaya.


Tuesday, November 3, 2009

Jamuan Akhir Tahun SKKG2 2009

31 Oktober 2009 - Kelab Staf SKKG2 telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2009 bertempat di Sempurna Resort Kuantan. Jamuan ini disertai guru-guru dan semua staf SKKG2, termasuk ahli keluarga. Aktiviti ini di dirasmikan dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, Encik Mahani bin Sairi. Antara acara yang diadakan ialah pertandingan pakaian beragam, di mana pemenangnya ialah anak kepada Puan Nora dengan tema pakaian haji. Seterusnya acara cabutan bertuah di mana hadiah utama iaitu tiket penginapan 2 hari 1 malam di Sempurna Resort telah dimenangi oleh Encik Nazri. Suasana acara jamuan berlangsung dengan keadaan harmoni dan meriah. Acara ditamatkan dengan sesi bergambar kenang-kenangan. Lagi gambar boleh di dapati di SINI