Tuesday, November 3, 2009

Jamuan Akhir Tahun SKKG2 2009

31 Oktober 2009 - Kelab Staf SKKG2 telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun 2009 bertempat di Sempurna Resort Kuantan. Jamuan ini disertai guru-guru dan semua staf SKKG2, termasuk ahli keluarga. Aktiviti ini di dirasmikan dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, Encik Mahani bin Sairi. Antara acara yang diadakan ialah pertandingan pakaian beragam, di mana pemenangnya ialah anak kepada Puan Nora dengan tema pakaian haji. Seterusnya acara cabutan bertuah di mana hadiah utama iaitu tiket penginapan 2 hari 1 malam di Sempurna Resort telah dimenangi oleh Encik Nazri. Suasana acara jamuan berlangsung dengan keadaan harmoni dan meriah. Acara ditamatkan dengan sesi bergambar kenang-kenangan. Lagi gambar boleh di dapati di SINI



No comments:

Post a Comment