Friday, December 10, 2010

Mutiara Pintar

KARNIVAL INOVASI SAINS FELDA 2010t











TAHNIAH. SKKG2 telah terpilih untuk mewakili Wilayah Jengka ke pertandingan Inovasi Sains Sekolah-sekolah di Felda peringkat kebangsaan 2010. Pertandingan tersebut telah dijalankan pada 3 hingga 6 Disember 2010, bertempat di MRSM Tun Razak, Trolak, Sungkai Perak. 4 orang murid telah mewakili sekolah iaitu Mohamad Hilman Mashuran, Ahmad Syauqi Amran Nor, Siti Aisyah Pawira dan Iliya Syafieqa bt Norkhanis.Mereka diiringi oleh guru pemimpin iaitu Cikgu Sani Hasan dan Cikgu Mazuki Sari.
Dua bentuk pertandingan dijalankan iaitu projek tumbuhan dan Mutiara Pintar. SKKG 2 memilih tajuk "Kesan Baja organik yang berlebihan ke atas ketinggian tumbuhan" dan keseluruhannya telah berjaya mendapat tempat ke 5 daripada 13 pasukan yang bertanding. Persaingan merebut kejuaraan sangat sengit di mana kesemua pasukan mempamerkan persembahan yang mantap.
Kesungguhan murid-murid skkg2 untuk memberikan saingan terserlah sejak bermulanya projek tanaman yang dijalankan disekolah bermula bulan Mei lagi. Walaupun tidak berjaya mendapat 3 pasukan terbaik, sekurang-kurangnya ia memberi satu ilmu dan pengalaman yang sangat berharga kepada mereka dan skkg2 keseluruhannya. Semoga ia menjadi mangkin kepada kecemerlangan Sains di SKKG2.

Wednesday, October 27, 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SKKG2 2010

Pada 27 Oktober 2010, SK Kota Gelanggi 2 telah berjaya mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 17. Keadaan cuaca yang kurang baik menyebabkan padang agak becak namun ianya tidak mematahkan semangat para peserta dan pegawai sukan untuk menjayakan kejohanan ini.

Keputusan keseluruhan kejohanan menyaksikan Rumah Temenggung dinobatkan sebagai johan, Rumah Syahbandar terpaksa akur dengan perbezaan 2  untuk menduduki tempat kedua. Manakala Rumah Laksamana menduduki tempat ketiga dan Rumah Bendahara terpaksa berpuas hati dengan tempat ke empat.

Berikut adalah mata keseluruhan rumah sukan.

1) Temenggung - 290 mata.

2) Syahbandar - 288 mata.

3) Laksamana - 252 mata.

4) Bendahara - 220 mata.

Olahragawan sekolah disandang oleh Abu Hasan Ismail manakala olahragawati adalah Nor Fadlin Farhana Amran Nor.