Thursday, February 11, 2010

SELAMAT MAJU JAYA..PN.WAHIDAH









Hari ini 12 Februari 2010 merupakan hari yang paling hiba bagi seluruh warga SKKG 2. Suasana suram di perhimpunan pagi Jumaat kerana kita akan kehilangan seorang guru yang sangat terkenal dengan baik budi pekerti, indah tutur kata, sangat dedikasi, murah hati, penyayang, dan selalu mengambil berat tentang masalah murid serta guru. Beliau juga telah berjasa kepada sekolah ini dalam pelbagai bidang terutama Ko-kurikulum. Pn.Wahidah akan bertukar ke SK.Pedah berkuatkuasa pada 1 Feb. yang lalu. Kami seluruh warga Sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn.Wahidah di sekolah yang baru dan berharap agar perpisahan ini tidak memutuskan silaturrahim yang telah dibina sekian lama. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti,...........

Monday, February 8, 2010

Bakal Wakil Rakyat...

bersama rakyat jelata...mendengar masalah
Nampak YB tu.. mcm nak bagi sumbangan jee..

Tengok pada gaya tu mcm nak letak jawatan jeee..tak pon mcm nak lompat Parti..

Sunday, February 7, 2010

KEMALANGAN KECIL



Liputan berkaitan kemalangan kecil yang telah berlaku terhadap seorang guru SKKG 2 baru-baru ini. Kejadian berlaku pada waktu pagi ketika cikgu tersebut dalam perjalanan ke sekolah. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana cikgu tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan dan masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan demi mengajar dan mendidik anak-anak bangsa. Semangat juang sebeginilah yang wajar dicontohi oleh semua. Semangat Satu Malaysia.

RAJIN MEMBACA, FIKIRAN KAYA

Cikgu Malik memang rajin membaca. Itu kenyataan yang mesti diakui dan sewajarnya menjadi ikutan kepada semua murid-murid.

PERSEMBAHAN

Adik Tasya dari tahun 6 Ibnu Sina sedang mempersembahkan sebuah cerita di dalam Bahasa Inggeris sebagai pengisian aktiviti Perhimpunan pagi Isnin. Beliau dibantu oleh Aminuddin yang memegang pembesar suara. Persembahan hebat ini diberi tepukan yang hebat dari semua murid dan guru di perhimpunan tersebut. Tahniah !

PROGRAM MOTIVASI PEMIMPIN 2010





Program Motivasi Pemimpin dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling, dengan kerjasama Badan Disiplin Sekolah telah dijalankan pada hari Sabtu 6 Februari yang lalu di SKKG 2. Program ini disasarkan kepada para pengawas, Pengawas Perpustakaan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Kelihatan di dalam gambar para peserta sedang tekun dalam semua aktiviti yang dijalankan. Tahniah kepada semua yang terlibat!!

Monday, February 1, 2010

HARI KELUARGA TAHUN...........

Gambar kenangan guru sempena Hari Keluarga di Kuantan. Kelihatan Mr.Jai, Sir Idan, Sir Wan, Sir Umar pun ada.Nampak macam belum sedia jee !!!

NGERI JUGAK!!


Maaf la ye, tahyul sikit. Ada orang cakap kucing sekolah ni asalnya seorang cikgu, tapi ada kes, dah kena sumpah pulak jadi kucing. Moralnya, kita jangan la buat apa-apa kes yang boleh menyebabkan kena sumpah. Entah la..aku macam tak caye jerrr!!!!