Thursday, February 11, 2010

SELAMAT MAJU JAYA..PN.WAHIDAH









Hari ini 12 Februari 2010 merupakan hari yang paling hiba bagi seluruh warga SKKG 2. Suasana suram di perhimpunan pagi Jumaat kerana kita akan kehilangan seorang guru yang sangat terkenal dengan baik budi pekerti, indah tutur kata, sangat dedikasi, murah hati, penyayang, dan selalu mengambil berat tentang masalah murid serta guru. Beliau juga telah berjasa kepada sekolah ini dalam pelbagai bidang terutama Ko-kurikulum. Pn.Wahidah akan bertukar ke SK.Pedah berkuatkuasa pada 1 Feb. yang lalu. Kami seluruh warga Sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn.Wahidah di sekolah yang baru dan berharap agar perpisahan ini tidak memutuskan silaturrahim yang telah dibina sekian lama. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti,...........

No comments:

Post a Comment