Tuesday, May 4, 2010

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2010

Pada 30 April hingga 2 Mei 2010, SKKG2 telah berjaya menjalankan aktiviti Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Badan beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), dan Pandu Puteri Tunas (PPT).

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan 3 hari 2 malam ini, antaranya penyediaan gajet di setiap khemah, masakan rimba, pertandingan kawad, dan aktiviti jalan lasak. Pasukan pengakap telah menjadi johan keseluruhan aktiviti perkhemahan kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada setiap pihak yang telah menyumbang keringat di dalam menjayakan aktiviti perkhemahan kali ini.


































No comments:

Post a Comment

Post a Comment